Sejak kebelakangan ini timbul persoalan mengenai jumlah emolumen dan elaun yang diterima oleh menteri Kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan Malaysia, hangat diperkatakan di media sosial.
Ada pihak yang mendakwa menteri-menteri memperoleh elaun tertentu termasuk 'elaun parkir' yang dikatakan bernilai lebih RM5,000, sehingga mengundang kritikan dan kecaman hebat dari warganet yang menyifatkan jumlah itu sebagai melampau.
Bagaimanapun, jumlah emolumen dan elaun yang diperoleh seorang menteri atau anggota pentadbiran itu bukan suatu maklumat untuk didedahkan umum kerana ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.
Beberapa menteri dan timbalan menteri yang dihubungi Bernama menerusi mesej di laman sosial WhatsApp, rata-rata mengesahkan bahawa elaun parkir itu tidak wujud sama sekali.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam ciapan akaun Twitter rasminya berkata: "Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak ada elaun parking."
Dalam ciapan berasingan Saifuddin juga menegaskan, dakwaan elaun parkir yang tular sejak Rabu itu tidak betul.
Isu mengenai elaun parkir itu bermula Rabu apabila pemilik akaun Twitter @1Obefiend mempersoalkan elaun parkir menteri sebanyak RM5,000, namun ia disanggah Menteri Luar itu yang meminta penjelasan, kerana baginya elaun itu tidak wujud.
Sehari selepas itu, tular pula infografik yang dikongsikan pemilik akaun Twitter @iam_meelo yang didakwa menyenaraikan jumlah elaun-elaun yang dikatakan diterima menteri-menteri Malaysia, antaranya elaun keraian RM10,500, elaun perumahan RM10,800, elaun wakil rakyat RM10,650 dan elaun parkir RM5,700.
Menteri Industri Utama, Teresa Kok pula memberi maklum balas: "Kenyataan yang tular baru-baru ini mengenai menteri diberikan peruntukan RM5,000 untuk bayaran parkir adalah tidak benar. Menteri boleh membuat tuntutan bayaran parkir dengan resit di bawah tuntutan pelbagai, tiada bezanya dengan kebanyakan pegawai-pegawai awam lain.
"Perlu diingatkan, apabila menteri-menteri dari Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tugas daripada menteri terdahulu, kita melaksanakan tugas dengan potongan gaji 10 peratus berbanding gaji menteri di bawah pentadbiran sebelum ini. Ia mula dikuatkuasa pada Jun 2018 sehingga sekarang."
Pada 23 Mei 2018, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemotongan gaji pokok menteri sebanyak 10 peratus bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan PH dalam mendepani masalah kewangan kerajaan.
Mengulas isu sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dalam mesejnya kepada Bernama berkata: "Saya memang tidak pernah dengar tentang elaun parkir... untuk menteri... apapun ada banyak elaun yang kita tidak tuntut seperti .. telefon/tol/elektrik... Kita pun berjimat dalam membeli tiket penerbangan melalui on-line..."
Beberapa anggota pentadbiran yang dihubungi Bernama turut menegaskan bahawa dakwaan berkenaan mengarut.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata: " Ya, memang elaun sedemikian tidak ada. Disahkan."
Turut menyokong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang memaklumkan: "Disahkan tiada. Mengarut betul!"
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dalam maklumbalasnya berkata: "Saya tak pernah dengar pun... sejak saya jadi timbalan menteri selama setahun setengah ni saya tak pernah dengar pula elaun parking."
Seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri ketika diajukan soalan mengenai elaun yang diterima Perdana Menteri khususnya mengenai elaun parkir itu, berkata : "Tiada peruntukan elaun 'parking'. Gambar yang viral tu palsu." - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 27 2019
Elaun parkir untuk menteri seperti yang ditularkan di media sosial adalah tidak benar.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Benarkah elaun parkir menteri RM5,000? Ini reaksi menteri, timbalan menteri
Sejak kebelakangan ini timbul persoalan mengenai jumlah emolumen dan elaun yang diterima oleh menteri kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan Malaysia, hangat diperkatakan di media sosial.