awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benarkan pihak berkuasa timbus kolam bauksit, elak jadi perangkap maut

Bernama
Bernama
11/02/2017
07:14 MYT
Benarkan pihak berkuasa timbus kolam bauksit, elak jadi perangkap maut
Bekas lombong yang dipenuhi air boleh menjadi perangkap maut jika tindakan segera tidak diambil. - Gambar fail
Pemilik tanah persendirian di Pahang digesa membenarkan pihak berkuasa menimbus kolam bekas lombong bauksit di kawasan tanah mereka bagi mengelak tragedi lemas.
Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air Tan Sri Lee Lam Thye berkata bekas lombong yang dipenuhi air boleh menjadi perangkap maut jika tindakan segera tidak diambil.
"Oleh kerana kebanyakan kolam tersebut terletak atas tanah persendirian, saya berharap mereka akan membenarkan pihak berkuasa menimbus semula perangkap maut berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini dilaporkan berkata kementerian itu akan mewajibkan pengusaha bauksit menimbus, memagar dan memasang papan tanda amaran di kawasan kolam bekas lombong bauksit.
Lee berkata masih banyak kolam lombong bauksit terbiar belum ditimbus walaupun tragedi tiga kanak-kanak mati lemas dalam lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di Sungai Karang, Kuantan hampir seminggu berlaku.
"Pihak media melaporkan hanya kolam yang meragut nyawa tiga kanak-kanak di Taman sungai karang ditimbus hasil inisiatif penduduk sedangkan kolam lain masih terbiar," katanya.
Lee berkata pengusaha yang mahu meneruskan aktiviti perlombongan selepas tamat tempoh moratorium perlu mengambil langkah pencegahan antaranya memasang pagar dan papan tanda amaran di sekeliling kawasan kolam.
"Saya juga merayu supaya ibu-bapa dan masyarakat setempat supaya bersama-sama menjalankan peranan mereka untuk mengelak kejadian seperti ini daripada berlaku dengan memantau anak-anak mereka sepanjang waktu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan
#Lee Lam Thye
#lombong bauksit
#tragedi lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan