Seramai 119 orang telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) setakat 12 tengah malam tadi, ekoran pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, 12 hari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal berkata, mereka yang masih menerima rawatan di wad hospital seramai 29 pesakit berbanding 120 pesakit yang dilaporkan pada Ahad.
Beliau berkata empat pesakit masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding tujuh pesakit sebelum ini, dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Dr Sahruddin dalam satu kenyataan di sini hari ini, kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dengan sepanjang 1.5 kilometer kawasan yang terjejas dengan pencemaran bahan kimia di sungai berkenaan sudah dibersihkan.
Beliau berkata sebanyak 30 pasukan di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan digerakkan bagi memantau kualiti udara di 42 buah sekolah dalam radius lingkungan lima hingga sembilan kilometer dari tempat kejadian di sekitar Pasir Gudang.
"Pasukan tersebut terdiri daripada anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia yang melakukan pemantauan secara menyeluruh sebaik operasi pembersihan selesai, dan keputusan hasil pemantauan itu akan dikongsi hari ini," kata Dr Sahruddin.
Sementara itu, pengesan gas akan digunakan oleh pasukan pemantau bagi mengesan serta memantau kualiti udara dalam memastikan udara di kawasan yang terlibat benar-benar berada dalam keadaan selamat.
"Lima parameter gas yang akan diperiksa adalah oksigen, karbon monoksida, Low Exposure Limit (LEL) Volatile Organic Compound (VOC) dan Hidrogen Sulfida (H2S)," kata beliau.
Sementara itu, hasil siasatan Jabatan Veterinar terhadap kajian pencemaran haiwan ternakan di lokasi Sungai Kim Kim pada 10 pagi semalam mendapati tiada kawasan ternakan terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2019
Terdapat pesakit yang masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding tujuh pesakit sebelum ini, dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Gambar fail
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Guterres gesa tindakan tangani krisis sisa pepejal secara global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa seluruh dunia pada Sabtu supaya bertindak menangani krisis sisa pepejal, lapor Xinhua.
Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi
Kes melibatkan jenayah alam sekitar yang disabitkan di mahkamah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas berbanding 289 kes pada 2019.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.
Berhati-hati beli barangan mesra alam, elak muslihat 'greenwashing'
Slogan sedemikian sebenarnya antara strategi 'acah hijau' (greenwashing) yang digunakan bagi mengabui masyarakat hari ini.
PBBPP rayu pendaki jaga kebersihan di Bukit Bendera
PBBPP merayu kepada semua pengguna laluan terutamanya pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar di pusat peranginan tersebut.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Malaysia komited capai matlamat SDG PBB dan Perjanjian Paris 2015
Peralihan dalam dasar Malaysia baru-baru ini untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui komersial bakal menjana manfaat ekonomi.