Bencana Kim Kim: Senarai bahan kimia berbahaya di Sungai Kim Kim

Bencana Kim Kim: Senarai bahan kimia berbahaya di Sungai Kim Kim
Bahan-bahan kimia dan kesannya dikenal pasti dalam pencemaran Sungai Kim Kim. Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bahan-bahan kimia yang menyebabkan pencemaran udara yang teruk di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor telah dikenal pasti mengandungi lapan sebatian kimia.

Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin,  lapan sebatian kimia berbahaya itu juga disahkan dibuang di Sungai Kim Kim.

Kesemua lapan bahan kimia yang dikesan ialah metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein, ethyl benzene, aldrich toluene, xylene dan limonene.

Berikut senarai bahan kimia berkenaan dan kesan-kesannya:

1. Metana

• Tidak berwarna dan tidak mempunyai rasa
• Diguna sebagai bahan api untuk ketuhar, rumah, pemanas air, kiln, kereta, turbin
• Kesan kesihatan:
* Loya
* Muntah
* Pengsan
* Sakit kepala
* Kematian
2. Hidrogen Klorida

• Had pendedahan yang dibenarkan: 5 ppm (part per million)
• Gas pada suhu bilik
• Digunakan dalam industri kimia sebagai reagen
• Kesan kesihatan:
* Mengkakis mata, kulit dan salur pernafasan.
* Boleh menyebabkan sesak nafas akibat bengkak di kerongkong.
* Penyedutan pada kepekatan tinggi boleh menyebabkan pneumonitis.
* Mengakibatkan pengumpulan cecair di dalam paru-paru
* kematian

3. Acrylonitrile

• Had pendedahan yang dibenarkan: 2 ppm (part per million)
• Tidak berwarna dan tidak menentu dengan bau seperti bawang merah
• Untuk hasilkan getah, resin, plastik, elastomer dan serat sintetik
• Kesan kesihatan:
* Merengsa hidung, kulit, dan salur pernafasan.
* Bersin dan batuk.
* Loya dan muntah jika resapan kesalur pemakanan.
* Sesak nafas.
* Acrylonitrile dimetabolismakan di dalam tubuh menjadi sianida.
* Sakit kepala
* Sawan
* Pengsan

4. Aldrich Toluene

• Had pendedahan yang dibenarkan: 50 ppm (part per million)
• Jernih dan tidak larut air
• Bau seakan penipis cat (thinner)
• Untuk menghasilkan benzene
• Digunakan sebagai bahan mentah industri dan pelarut
• Kesan kesihatan:
* Merengsa mata mata dan salur pernafasan.
* Boleh memberi kesan kepada sistem saraf pusat.
* Pendedahan pada aras yang tinggi boleh menyebabkan disritmia jantung dan ketaksedaran.
* Sakit tekak
* Pening
* Sakit kepala


5. Ethyl Benzene

• Had pendedahan yang dibenarkan: 100 ppm (part per million)
• Mudah terbakar dengan bau yang manis
• Meruap dengan cepat apabila terdedah ke udara
• Digunakan dalam industri yang berkaitan dengan petrol
• Kesan kesihatan:
* Dalam dos yang tinggi menyebabkan kerosakan pada sistem saraf, sistem hematopoietic dan sistem imun.
* Dalam dos yang rendah akan dimetabolisma di hati dan dikumuh dalam air kencing.

6. Acrolein

• Had pendedahan yang dibenarkan: 0.1 ppm (part per million)
• Jernih atau kuning dengan bau terbakar dan manis
• Mengawal pertumbuhan tanaman bawah air
• Kesan kesihatan:
* Rengsa pada bahagian hidung dan seluruh saluran penafasan.
* Orang awam yang mempunyai emphysema atau alahan seperti asma berisiko lebih tinggi untuk mendapat kesan buruk.


7. Xylene 

• Had pendedahan yang dibenarkan: 100 ppm (part per million)
• Tidak berwarna, berbau manis
• Berlaku secara semula jadi dalam petroleum, arang batu dan tar kayu
• Digunakan dalam industri dan teknologi perubatan sebagai pelarut
• Kesan kesihatan:
* Merengsa mata dan kulit
* Boleh memberi kesan pada sistem saraf pusat.
* Pendedahan berpanjangan pada kulit boleh menyebabkan kekeringan atau keretakan kulit.
* Sakit kepala
* Pening
* Mual
*Muntah

8. Limonene

• Tidak berwarna
• Sebagai bahan tambahan dan aroma dalam makanan, produk pembersihan dan minyak wangi
• Kesan Kesihatan:
* Menyebabkan dermatitis


Tag: Senarai bahan kimia Sungai Kim Kim, Bencana Sungai Kim Kim, Metana, Hidrogen Klorida, Acrylonitrile, Aldrich Toluene, Ethyl Benzene, Acrolein, Xylene, Limonene, Kesan Bahan Kimia Sungai Kim Kim


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.