Tiga beradik antara enam mangsa yang terpaksa bermalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom demam dan muntah dipercayai akibat pencemaran pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
Nur Anis Najihah, 10 tahun; Muhammad Ikwan Danial, 7; dan Muhammad Darwisy Najmi, 4, dimasukkan ke HSNZ bermula awal pagi Ahad selepas mengalami simptom muntah-muntah serta demam.
Bapa mereka, Azwan Che Baharuddin berkata dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya berikutan keadaan di lokasi agak kelam kabut serta membimbangkan selain memikirkan jarak lokasi terjejas dengan rumahnya hanyalah 200 meter.
Menurut Azwan, mereka mula pulang ke ke Setiu pada Jumaat lalu namun seorang daripada anaknya sudah mula menunjukkan menunjukkan simptom sejak berada di rumah mereka di Taman Cermai, Kota Masai.
“Anak masuk kat wad ni sejak daripada semalam jam 2 pagi, yang Ikwan ni dari Setiu dipindah ke Terengganu.
“Hari ni pukul satu dia punya kakak ngan adik… keadaan lemah sikit sebab dia demam jadi saya ambil keputusan hantar dia ke sini. Mungkin kita jangka benda tu akan berlaku jadi saya tak panik sangat,” kataya.
Sementara itu Nor Azlami Awang pula berkata kedua anaknya yang berusia lima dan enam tahun mula menerima rawatan pada pagi Ahad selepas mengalami batuk dan demam.
“Tak tahu kena bila, cuma yang kita tahu dia demam dengan batuk jadi kita bawa ke klinik,” katanya lagi.
Di Terengganu seramai 29 mangsa menerima rawatan di HSNZ selepas mengalami demam dan muntah selepas masing-masing mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman berikutan pencemaran di Sungai Kim Kim sejak Khamis lalu.
Sehingga kini enam kanak-kanak berusia empat hingga sepuluh tahun masih menerima rawatan manakala selebih sudah dibenarkan pulang secara berperingkat peringkat sejak Sabtu.
Astro Awani
Sun Mar 17 2019
Azwan Che Baharudin (dua, kiri) menemani anak-anaknya yang mendapatkan rawatan terkesan akibat pecemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang ketika ditemui di Kompleks Rawatan Harian HSNZ hari ini. - Foto BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Bencana Kim Kim: Tiga beradik di Terengganu alami simptom demam, muntah
Tiga beradik antara enam mangsa yang terpaksa bermalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom demam dan muntah.