awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bergaduh dengan ibu, lelaki bertindak terjun jambatan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
28/01/2019
07:31 MYT
Bergaduh dengan ibu, lelaki bertindak terjun jambatan
Pasukan penyelamat sedang menjalankan pencarian di sekitar lokasi mangsa jatuh.
Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental, dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, pagi tadi.
Mangsa berusia 29 tahun dari Pasir Mas itu dipercayai bertindak demikian selepas bertengkar dengan ibunya dalam kereta ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Kota Bharu.
Difahamkan, mangsa telah mengarahkan ibunya untuk memberhentikan kereta berdekatan dengan jambatan. Mangsa kemudian bertindak keluar kereta dan berjalan menuju ke jambatan. Ibunya cuba menghalangnya tetapi gagal.
Ibu mangsa kemudian meminta pertolongan seorang penunggang motosikal yang berada di situ untuk menghalang anaknya.
Ibu mangsa dilihat menangis teresak-esak sambil cuba dipujuk orang ramai.
Ibu mangsa dilihat menangis teresak-esak sambil cuba dipujuk orang ramai.
Menurut seorang saksi, Ibrahim Yusof, 55 tahun, dia ternampak mangsa bergelut dengan pemuda tersebut sebelum dia terlepas dan terus berjalan ke tengah jambatan.
"Saya diberitahu oleh penunggang motosikal itu, mangsa ingin terjun ke dalam Sungai Kelantan dan saya segera memecut motosikal saya untuk mendekatinya.
"Saya memegang lengannya namun dimarahi. Tiba-tiba dia panjat penghadang jambatan, saya tarik seluarnya tetapi koyak dan mangsa terus terjun ke dalam sungai," katanya.
Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi.
Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi.
Sejurus itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Darulnaim tiba untuk operasi mencari dan menyelamat.
Operasi turut membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kota Bharu yang menjalankan pencarian di sekitar lokasi mangsa jatuh.
Topic Berkaitan
#Jambatan Sultan Yahya Petra
#Sakit Mental
#Sungai Kelantan
#terjun jambatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan