awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri projek pada adik ipar: Guru besar didakwa rasuah

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
23/01/2020
09:35 MYT
Beri projek pada adik ipar: Guru besar didakwa rasuah
Kesalahan itu dibaca dibawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) Akta sama. - Astro AWANI
Seorang guru besar lelaki dituduh atas tiga pertuduhan, pada Khamis, kerana menyalahgunakan jawatannya untuk memberikan projek pembekalan bahan peralatan sekolah serta bantuan geran perkapita (PCG) bernilai RM16,378 terhadap adik iparnya.
Tertuduh, berumur 50 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Khas Sandakan, Abu Bakar Manat.
Tertuduh didakwa salah guna posisinya sebagai guru besar sebuah sekolah rendah di Beluran dengan melantik syarikat milik adik iparnya, sebagai syarikat pembekal bahan seperti minyak diesel, peralatan serta bahan PCG dan dakwat pencetak kepada sekolah berkenaan.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari 2015 hingga Jun 2015.
Kesalahan itu dibaca dibawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) Akta sama.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Mahkamah menetapkan 19 Mac depan untuk pengurusan kes.
Sementara itu, tertuduh dibenarkan ikat jamin RM10,000 dengan deposit RM8,000, serta dua orang penjamin tempatan, serah pasport kepada mahkamah dan tidak mendekati saksi.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Faliq Basiruddin, manakala tertuduh diwakili Peguam, Marzuki Spawi.
Topic Berkaitan
#bantuan geran
#dakwaan
#Guru Besar
#kes mahkamah
#mahkamah sandakan
#Rasuah
#tender projek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan