awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita palsu: 266 kertas siasatan berkaitan COVID-19 dibuka

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/05/2020
08:06 MYT
Berita palsu: 266 kertas siasatan berkaitan COVID-19 dibuka
Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan berita yang diragui kesahihannya. - Gambar BERNAMA
Sebanyak 266 kertas siasatan telah dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 sehingga Khamis.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, daripada jumlah itu sebanyak 179 kes masih dalam siasatan, manakala 11 individu telah diberi notis amaran dan 18 lagi mengaku bersalah di mahkamah.
"Sebelum sebar sesuatu, pastikan berita itu sahih. PDRM dan SKMM tidak akan berkompromi dalam penyebaran berita palsu.
"Anda (rakyat) juga boleh menyalurkan maklumat kepada Pasukan Respons Pantas (PRP) di talian 03-8911 5103 atau melayari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita," katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Khamis.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan memperhebatkan Op Benteng di semua sempadan negara, bagi memastikan warga asing yang pulang untuk berhari raya di negara mereka tidak kembali ke Malaysia.
Katanya, pihak berkuasa dan pasukan keselamatan akan meningkatkan operasi serta pemantauan terutama di lorong-lorong tikus bagi mengekang penularan kes import wabak COVID-19.
“Sebagai contoh, warga Indonesia yang ada permit bekerja di sini pulang berhari raya di negara mereka, bila mereka mahu kembali, kita tidak akan benarkan mereka masuk ke Malaysia lagi," jelasnya.
Ismail Sabri memberitahu, keputusan tidak membenarkan mana-mana rakyat asing memasuki negara bagi mengelakkan kes import COVID-19 adalah dasar kerajaan melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Topic Berkaitan
#berita palsu
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Pasukan Respons Pantas
#pati
#PDRM
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan