awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita palsu koronavirus: PDRM, SKMM kenalpasti empat individu

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/01/2020
06:38 MYT
Berita palsu koronavirus: PDRM, SKMM kenalpasti empat individu
PDRM dan SKMM mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu. - Foto Fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenalpasti empat individu untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu berkaitan dengan novel coronavirus (2019-nCoV).
Dalam satu kenyataan bersama kepada media, PDRM dan SKMM menegaskan pihak mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita yang tidak sahih mengenai penularan novel koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
"PDRM dan SKMM mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam, seterusnya menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.
"Pemantauan oleh PDRM dan SKMM mendapati media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi satu platform utama bagi penularan berita palsu mengenai novel koronavirus (2019-nCoV)," memetik kenyataan bersama itu.
PDRM dan SKMM mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu. - Kenyataan Media Bersama
PDRM dan SKMM mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu. - Kenyataan Media Bersama
Kenyataan itu menyebut, penyebar berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan juga boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
"Orang awam digesa supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita mengenai novel coronavirus (2019-nCoV) sebelum mempercayai atau menyebarkannya, terutamanya maklumat yang dikeluarkan oleh pihak selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sila rujuk kepada sumber rasmi KKM (www.moh.gov.my/) atau badan kesihatan antarabangsa (https://www.who.int/) bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai novel koronavirus (2019- nCoV)," memetik kenyataan bersama itu.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#media sosial
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#SKMM
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan