awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beritahu kami insentif apa anda mahu, kami sedia dengar - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/11/2018
09:45 MYT
Beritahu kami insentif apa anda mahu, kami sedia dengar - Tun Mahathir
MAHATHIR: Kerajaan akan sedaya upaya memastikan keperluan pekerja asing oleh syarikat-syarikat Jepun boleh disediakan.
“Jika ada sebarang cadangan tentang insentif apa yang diperlukan perniagaan anda di sini, kami sedia mendengarnya” – itu pesanan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pelabur asing dari Jepun yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.
Ketika menyampaikan menjawab soalan di Persidangan Bersama dan Forum Perniagaan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) kali ke-36, di Tokyo, hari ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan baharu Malaysia amat komited dalam memastikan keselesaan pelabur dan peniaga asing.
Namun, beliau berkata, selain pelepasan cukai sehingga 10 tahun, kerajaan juga memberi jaminan bahawa Malaysia merupakan negara yang sangat stabil, persekitaran perniagaan yang mesra, serta polisi dan undang-undang yang sentiasa konsisten.
“Bagi saya, itu sahaja merupakan insentif yang cukup istimewa. Tetapi jika anda mempunyai cadangan atau pandangan mengenai insentif apa yang ada mahukan, kami cukup bersedia untuk mendengar.
“Tetapi buat masa kini, pelepasan cukai adalah sehingga 10 tahun, dan jika perlu, kami sedia menimbangkan untuk memanjangkan lagi tempoh berkenaan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam dalam sesi soal jawab selama 40 minit bersama peserta forum di sebuah hotel di bandar raya itu.
Menjawab soalan tentang pekerja asing di negara ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani isu pekerja asing, memandangkan berlaku penyalahgunaan kuasa terhadap golongan itu sewaktu pemerintahan kerajaan yang lepas.
Ini, jelas beliau lagi termasuk aktiviti menjual dan membeli pekerja asing, termasuk menyeludup mereka masuk ke dalam negara ini.
Namun, beliau memberi jaminan kerajaan akan sedaya upaya memastikan keperluan pekerja asing oleh syarikat-syarikat Jepun boleh disediakan.
“Bagi kami masa, kami akan memastikan syarikat Jepun mendapat kuota pekerja asing mereka,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai kebimbangan pelabur Jepun mengenai perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta kesannya terhadap negara lain, Perdana Menteri berkata ia sebenarnya mewujudkan peluang perniagaan yang lebih besar kepada Malaysia.
“Kami sedang memerhatikan perkembangan perkara itu dengan rapat. Tetapi salah satu kesannya ialah harga barangan China di AS meningkat secara mendadak, dan kami harapkan agar kilang-kilang dapat dibuka di Malaysia kerana negara ini tidak berada dalam senarai sekatan AS,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#insentif
#Jepun
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#pelabur asing
#stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan