awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ejen pinjaman didakwa tipu dalam urusan pinjaman RM1 juta
Bersatu rugi dalam percaturan politik Perlis - Penganalisis
Penumpang BAS.MY di Negeri Sembilan catat peningkatan 35 peratus - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berkelakuan baik, tiga banduan diberi pelepasan tujuh hari

Bernama
Bernama
24/12/2019
12:12 MYT
Berkelakuan baik, tiga banduan diberi pelepasan tujuh hari
Tiga banduan yang berkelakuan baik itu diberi pelepasan selama tujuh hari di bawah program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) untuk kembali bersama keluarga bagi tempoh itu. - Gambar fail/BERNAMA
Pusat Pemulihan Akhlak Machang memberi 'hadiah istimewa' kepada tiga banduan lelaki di pusat terbabit yang berkelakuan baik.
Pengarahnya Penolong Kanan Komisioner Penjara Mohd Shukri Harun berkata tiga banduan yang berkelakuan baik itu diberi pelepasan selama tujuh hari di bawah program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) untuk kembali bersama keluarga bagi tempoh itu.
"Inisiatif di bawah peruntukan undang-undang itu merupakan hadiah kepada banduan yang berkelakuan baik untuk menjalani kehidupan bersama keluarga buat sementara sebelum kembali menghabiskan baki hukuman di penjara.
"Ia merupakan proses sebelum mereka bebas kelak untuk menyesuaikan diri bersama keluarga dan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas program PBSL di pusat itu di sini.
Mohd Shukri berkata ketiga-tiga banduan berumur antara 30 dan 40 tahun itu akan melalui program berkenaan bermula hari ini dan perlu melapor diri di Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada 30 Dis.
Katanya kriteria bagi program itu antaranya berdisiplin, tidak pernah melakukan kesalahan tatatertib di penjara selain telah menjalani hukuman penjara empat tahun dan baki hukuman tidak kurang setahun.
"Mereka ini dilepaskan dengan membawa lesen khas yang dikeluarkan dan perlu dibawa bersama mereka. Mereka masih banduan namun dibenarkan untuk bersama keluarga buat sementara waktu," katanya.
Mohd Shukri berkata pihaknya telah memaklumkan kepada banduan dan ahli keluarga mereka berkaitan syarat yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pelepasan itu.
"Jika didapati melakukan kesalahan dan melanggar syarat yang ditetapkan seperti tidak melaporkan diri, mereka akan ditambah hukuman dua tahun penjara lagi dan kami mempunyai pegawai yang akan memantau pergerakan mereka sepanjang tempoh itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan
#berkelakuan baik
#hadiah istimewa
#PBSL
#pelepasan
#Pelepasan Banduan Secara Lesen
#Pusat Pemulihan Akhlak Machang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan