Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengalu-alukan kemasukan ahli baharu termasuk parti komponen Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, beliau ada mendengar mengenai hasrat beberapa ahli parti Amanah Negara (Amanah) untuk menyertai parti tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sejauh mana kebenaran berhubung perkara itu.
"Saya adalah dengar walaupun saya tidak tahu sejauh mana sahih atau berapa orang tetapi pokok pangkalnya keyakinan orang-orang politik dan juga rakyat yang paling pentingnya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin hari semakin meningkat.
"Soal ada beberapa pimpinan atau ahli Parlimen daripada parti-parti lain daripada Pakatan Harapan (PH) ingin sertai Bersatu itu, tentulah kita... saya tidak boleh sebutkan kerana saya tidak ada mandat tetapi tentulah kita mengalu-alukan (kemasukan mereka)," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika meninjau Pusat Media sempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata sokongan akar umbi penting untuk memastikan kestabilan politik di negara ini.
"Walaupun jumlah anggota Parlimen kerajaan itu melebihi pembangkang beberapa kerusi sahaja tetapi rakyat bawahan, akar umbi dan orang biasa sangat mempengaruhi.
"Saya ahli Parlimen walaupun macam mana pandai sekali pun, dia kena tengok akar umbi dan kalau akar umbi mahu kestabilan berterusan seperti sekarang," katanya lagi.
Terdahulu, portal berita melaporkan terdapat beberapa ahli Parlimen daripada parti Amanah didakwa akan melompat parti dan menyertai Bersatu.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 19 2020
Saifuddin berkata sokongan akar umbi penting untuk memastikan kestabilan politik di negara ini. - Gambar fail
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Bomba pantau lokasi berisiko banjir di Selangor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor menjalankan pemantauan di beberapa lokasi susulan kejadian banjir kilat di Kajang petang Rabu.
Siasatan: Keluarga Faisal serah sepenuhnya kepada polis
Bapanya, Abdul Halim Saad, 60, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu dan menganggap ia sebagai ketentuan tuhan.
Kelantan beri bantuan RM300,000 kepada Tabung Haji negeri
Kerajaan Kelantan memberikan bantuan sebanyak RM300,000 kepada pengurusan Tabung Haji (TH) negeri bagi melancarkan proses perjalanan seramai 2,360 jemaah haji di negeri itu.
TH sentiasa ingatkan jemaah patuhi peraturan baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu
Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke tanah suci tengah malam tadi
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.