awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersekongkol dengan penjenayah rentas sempadan cabuli hak rakyat dapatkan keselamatan

Bernama
Bernama
15/09/2019
23:58 MYT
Bersekongkol dengan penjenayah rentas sempadan cabuli hak rakyat dapatkan keselamatan
Mohd Azis juga minta rakyat memerangi masalah dadah yang semakin berleluasa, khususnya dalam kalangan golongan muda yang berkebolehan untuk menyumbang ke arah kemajuan negara. - Gambar fail
Bersekongkol dengan penjenayah rentas sempadan mencabuli hak rakyat Malaysia untuk mendapatkan keselamatan, khususnya di pantai timur Sabah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.
Katanya, sebagai rakyat yang cintakan negara seharusnya memastikan kerjasama diberikan kepada agensi keselamatan untuk mengekang kemasukan elemen jenayah ke negara ini.
"Komitmen kerajaan ialah kerajaan akan melipat ganda kawalan keselamatan, khususnya di pantai timur Sabah.
"Tetapi jangan hanya meletakkan harapan (memelihara keselamatan) pada kerajaan. Rakyat juga perlu memainkan peranan... kerana jika berlaku pencerobohan, khususnya di pantai timur ini, yang rugi nanti adalah rakyat," katanya pada Karnival Ambang Hari Malaysia di sini malam tadi.
Menurut Mohd Azis, perbuatan menjadi dalang kepada elemen jenayah membantutkan usaha membangunkan ekonomi di pantai timur negeri, termasuk menarik pelabur dan pelancong yang berupaya merancakkan ekonomi setempat.
Selain itu, beliau turut meminta rakyat memerangi masalah dadah yang semakin berleluasa, khususnya dalam kalangan golongan muda yang berkebolehan untuk menyumbang ke arah kemajuan negara.
Karnival itu diserikan oleh persembahan artis negara dan tempatan seperti bekas pemain gitar kumpulan Wings, Joe bersama PrimeD, Ebi Kornelis, Fiq Mentor, Rubisa Tiasin dan Clarice John Matha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#ekonomi
#Hari Malaysia
#jenayah
#kerajaan
#kerjasama
#keselamatan
#Mohd Azis Jamman
#pelabur
#pelancong
#pencerobohan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan