awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 4.0 masih gagal memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman - Polis

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2015
06:25 MYT
Bersih 4.0 masih gagal memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman - Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata mengikut Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat, sebelum boleh mengadakan perhimpunan itu. - Gambar Fail
Polis sehingga kini menyifatkan perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu kota, hujung minggu ini sebagai 'tidak dibenarkan' atau haram kerana masih gagal memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata mengikut Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat, sebelum boleh mengadakan perhimpunan itu.
Bagaimanapun, setakat ini, katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan, khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya.
"Kita akan ambil tindakan tegas (ke atas peserta) mengikut apa jua peruntukan yg ada. Undang-undang dah ada patuhilah ia," katanya dalam sidang media bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin di sini, hari ini.
Tajuddin berkata pihaknya tidak mempunyai masalah membantu penganjur perhimpunan sekiranya mereka mematuhi sepenuhnya undang-undang dan mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium sebagai mana dicadangkan Mhd Amin.
BACA: Bersih 4.0 - Empat perkara anda perlu tahu
Sementara itu, Mhd Amin mengulangi pendirian tidak membenarkan perhimpunan diadakan di lokasi awam, khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL.
Beliau sebaliknya berkata pihaknya sedia membenarkan penganjur menggunakan Stadium Titiwangsa yang berada di bawah seliaan DBKL atau membantu mereka memohon Stadium Nasional Bukit Jalil daripada pihak Majlis Sukan Negara atau Stadium Merdeka daripada Permodalan Nasional Berhad.
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#Bersih 4.0
#Dataran Merdeka
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#Maria Chin Abdullah
#Tajuddin Md Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan