awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 4: 'Bersih 2.0 sedia bincang dengan KPN' - Maria Chin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
11/08/2015
06:45 MYT
Bersih 4: 'Bersih 2.0 sedia bincang dengan KPN' - Maria Chin
MARIA CHIN: Surat permohonan juga sudah dihantar pada Isnin dan kita berharap mendapat jawapan segera daripada Khalid. - Astro AWANI/Shahir Omar
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ‎menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu keselamatan pada Pesta Demokrasi Bersih 4 yang dijadual pada 29 sehingga 30 Ogos ini.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, paling penting keselamatan rakyat terjamin dan lalu lintas di ibu kota terkawal pada hari berkenaan.
"Kita sudah memaklumkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai perhimpunan Bersih 4 dan sedia berbincang dengan Khalid mengenai isu ini.
"Surat permohonan juga sudah dihantar pada Isnin dan kita berharap mendapat jawapan segera daripada Ketua Polis Negara," katanya semasa sidang media di sini hari ini.
Selain Kuala Lumpur, Bersih 4 juga dijadual diadakan di Kuching dan Kota Kinabalu.
Khalid sebelum ini memberi peringatan kepada penganjur dan peserta Perhimpunan Bersih 4 agar mengikut saluran yang betul untuk membuat demonstrasi jalanan.
Tegasnya, kegagalan untuk berbuat demikian membolehkan pihak polis mengambil tindakan ke atas mereka kerana melanggar undang-undang negara.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, demonstrasi yang akan dianjurkan Bersih 2.0 pada hanya menimbulkan kekalutan di Kuala Lumpur.
Tegasnya, ia sekali gus menimbulkan kemarahan penduduk serta peniaga di ibu kota.‎
Dalam pada itu kata Maria, Bersih 2.0 juga memutuskan untuk berkhemah semalaman di Dataran Merdeka pada malam sebelum perhimpunan Bersih 4.
"Kita juga sudah menyusun pelbagai acara termasuk bengkel pendidikan sivil, perbincangan awam, persembahan seni budaya serta aktiviti kerohanian selain pidato oleh pemimpin masyarakat untuk peserta perhimpunan," ujarnya.
Selain itu katanya, satu pertandingan poster dan program 'selfie' turut dianjurkan untuk menunjukkan sokongan masing-masing.
"Kita hargai kempen yang dimulakan rakyat termasuk poster, kempen nyalakan lampu dan lain- lain lagi.
"Kita turut berharap perancangan untuk meraikan demokrasi ini akan berjalan lancar selari dengan peruntukan undang-undang," jelasnya.
Sebelum ini, Penasihat Sosio Budaya kepada Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim turut menggesa mahasiswa universiti berfikir panjang sebelum membabitkan diri dalam perhimpunan Bersih 4.
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#bersih 4
#Dataran Merdeka
#Maria Chin Abdullah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan