awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000

Bersih 4: Dr Mahathir bertindak di luar batasan - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2015
11:01 MYT
Bersih 4: Dr Mahathir bertindak di luar batasan - Hishammuddin
HISAHAMMUDDIN: Tindakan Dr Mahathir jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau menjadi perdana menteri. - Gambar Fail
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak di luar batasan apabila menghadirkan diri pada perhimpunan Bersih semalam, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.
Beliau berkata, tindakan bekas perdana menteri itu tidak mencerminkan gesaannya pada 1998 untuk tidak menyokong demonstrasi jalanan.
"Bagi saya, beliau (Dr Mahathir) telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau menjadi perdana menteri.
"Ketika zaman pentadbirannya, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini.
BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Ucapan Tun Mahathir di Pasar Seni curi tumpuan
BACA: Bersih 4.0: Empat perkara anda perlu tahu
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Dr Mahathir tidak pernah disekat untuk menyuarakan pandangannya selepas persaraannya, tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima.
Hari ini Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah sekali lagi meluangkan masa untuk 'bersiar-siar' di Pasar Seni Kuala Lumpur bagi meninjau perhimpunan Bersih 4 yang sedang berlangsung.
Polis sebelum ini telah mengklasifikasikan perhimpunan Bersih 4 yang diadakan sejak Sabtu sebagai perhimpunan yang dikategorikan sebagai haram.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#Hishammuddin Hussein
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.