awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Jepun ikrar letak jawatan jika LDP dan rakan pakatannya tewas dalam pilihan raya
N.Sembilan berpotensi jadi hab utama data dengan pembinaan Kampus Pusat Data Hijau
LKIM galak persatuan nelayan terlibat aktif dalam akuakultur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 4: Penganjur minta polis ambil tindakan jika ada peserta ingkar ketetapan

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
29/08/2015
13:03 MYT
Bersih 4: Penganjur minta polis ambil tindakan jika ada peserta ingkar ketetapan
Para peserta Bersih 4 berhimpun di ibu negara pada Sabtu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini meminta kerjasama pihak polis untuk mengambil tindakan kepada peserta yang mengingkari ketetapan yang ditetapkan penganjur.
Naib pengerusinya, Thomas Fann berkata terdapat percubaan dan provokasi peserta berpakaian BERSIH yang cuba merempuh penghalang yang ditetapkan oleh penganjur.
"Kami hanya mahukan perhimpunan yang aman dan kami akan cuba mengawalkan keadaan," jelasnya kepada seorang pegawai polis yang berada di belakang penghalang yang terletak di hadapan bangunan Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Pegawai polis yang dikenali sebagai Gorbinder itu bagaimanapun berkata, ianya tanggungjawab penganjur untuk memastikan mereka yang tidak sepatutnya berada di sana untuk beredar.
Thomas bagaimanapun menjawab, ada peserta yang tidak mematuhi ketetapan penganjur dan mahu melanggar undang-undang.
Beliau juga berkata penganjur akan memastikan perhimpunan ini akan berlangsung selama 34 jam secara aman dan tidak akan mengotori kawasan di sekitar Dataran Merdeka.
Sebelum ini, pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya mengecam dan melarang peserta sebarang tindakan vandalisme terhadap harta awam, selain menegah para peserta daripada terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan atau melayan sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.
Bersih 2.0 juga menegaskan pesertanya dilarang daripada membawa senjata dan bahan letupan, termasuklah mercun dan bom asap ke perhimpunan ini.
[LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Perhimpunan kekal aman setakat ini
Topic Berkaitan
#Bersih
#Dataran Merdeka
#polis
#Thomas Fann
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan