awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berlangsung
Superbug: Produk berasaskan haiwan di Malaysia selamat - DVS
Ringgit cecah 3.99 berbanding dolar AS, paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 4: Polis panggil penganjur dan sekreteriat ke Bukit Aman

Hakim Rahman
Hakim Rahman
01/09/2015
09:41 MYT
Bersih 4: Polis panggil penganjur dan sekreteriat ke Bukit Aman
Siasatan ke atas penganjur dibuat mengikut Seksyen 120B, 124C dan 141 Kanun Keseksaan. - Gambar Fail
Polis akan mengambil keterangan tujuh ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan 34 jam hujung minggu lalu yang diisytiharkan sebagai haram.
Mereka adalah Pengerusi Maria Chin Abdullah, Timbalan Pengerusi Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Mandeep Singh, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan Adam Adli Abdul Halim.
Siasatan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 120B, 124C dan 141 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan melakukan suatu kesalahan, cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan perhimpunan haram.
Perkara itu disahkan seorang pegawai kanan polis yang enggan dinamakan ketika dihubungi.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi Astro AWANI berkata pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bahawa peserta dan penganjur Bersih 4, masih boleh diambil tindakan selepas perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman dan peraturan lain.
Beliau berkata, polis akan memantau perhimpunan pemimpin serta semua ucapan yang dibuat pada acara yang diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching itu.
Sehari sebelum perhimpunan tersebut, kerajaan mengisytiharkan penggunaan sebarang bahan kuning dengan perkataan "Bersih 4" dalam apa jua bentuk, sebagai haram.
Topic Berkaitan
#Bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan