awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 5.0: Polis nafi keluar kenyataan penutupan jalan Sabtu ini

Bernama
Bernama
16/11/2016
10:21 MYT
Bersih 5.0: Polis nafi keluar kenyataan penutupan jalan Sabtu ini
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini polis belum mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan jalan. - Foto Bernama
Polis menafikan pihaknya telah mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan jalan untuk memberi laluan kepada perhimpunan Bersih 5.0 di ibu negara Sabtu ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini polis belum mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan jalan.
"Kita belum keluarkan tentang penutupan jalan lagi," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Difahamkan, satu sidang media berkenaan penutupan jalan akan diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur esok.
Hari ini tersebar mesej di laman sosial mengatakan terdapat beberapa laluan di ibu negara akan ditutup pada Sabtu ini bermula 5 pagi sehingga 6 petang berikutan penganjuran perhimpunan Bersih 5.0.
Jalan yang disenaraikan menerusi mesej berkenaan termasuk Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Ismail Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Bulatan Pahang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Pasar, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu, Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bersih 5.0
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#penutupan jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan