Menjelang perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara esok, beberapa penangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa pada Jumaat.

Berikut adalah senarai 11 aktivis yang telah ditahan oleh pihak berkuasa dalam satu gerakan mengesan mereka pada hari ini:

1. Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih. Beliau telah ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan. Maria ditahan di ibu pejabat Bersih di Petaling Jaya pada kira-kira jam 3.12 petang Jumaat/

2. Mandeep Singh, Sekretariat Bersih. Singh ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas cubaan merusuh. Beliau diberkas dalam satu serbuan oleh polis IPD Bukit Aman pada kira-kira jam 3.12 petang Jumaat.

BACA: Bersih 5 tetap berlangsung tanpa kehadiran Maria - Sekretariat Bersih

3. Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban. Loke ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

4. Ronnie Liu, bekas ahli exco Selangor. Beliau diberkas di bawah Seksyen 153 Kanun Keseksaan.

5. Luqman Nur Hakim Zul Razali, aktivis pelajar. Ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

6. S Arutchelvan, ahli jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM).

7. Anis Syafiqah, aktivis pelajar. Menurut laporan Malaysiakini, Anis ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada jam 9 malam Jumaat.

8. Jimmy Wong, ahli DAP. Beliau ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

9. Lee Khai Ming, ahli DAP Beliau ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

10. Ayah Ipin Keramat, aktivis Baju Hitam.

11. Razali Zakaria, aktivis Baju Merah.