awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih, Baju Merah tidak boleh adakan perhimpunan - Ahmad Zahid

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/11/2016
13:07 MYT
Bersih, Baju Merah tidak boleh adakan perhimpunan - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Padang Dataran Merdeka tidak termasuk dalam lokasi diizinkan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa penganjur Bersih 5.0 mengikut nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
Ia susulan lokasi bersejarah itu tidak termasuk dalam kawasan yang diizinkan mengadakan perhimpunan selain tidak digazetkan dalam Akta Perhimpunan Aman.
"Memang benar penganjur Bersih mohon keizinan 10 hari sebelum himpunan tetapi Dataran Merdeka tidak termasuk dalam lokasi diizinkan. Seperti kata DBKL yang tidak mengizinkan tempat digunakan sebab ia tidak digazet dalam Akta Perhimpunan Aman," katanya semasa ditemui media selepas ucapan penggulungan Bajet 2014 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat.
Jelasnya, mana-mana individu yang melanggar peraturan seperti dalam Akta Perhimpunan Aman akan diambil tindakan.
Beliau dalam pada itu menegaskan, baik Baju Merah atau Baju Kuning, kedua-duanya tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan yang dijangka diadakan bulan ini.
Larangan itu dibuat Menteri Dalam Negeri itu bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku jika berlaku sebarang pertembungan antara kedua-duanya.
"Sebab itu PDRM cakap keputusan DBKL itu harus dipatuhi agar kedua-dua kumpulan jangan adakan sebarang perhimpounan maka tindakan yang harus dilakukan undang-undang oleh pihak PDRM," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Baju Merah
#Bersih
#Dataran Merdeka
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan