awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bertemu pembangkang: "Azmin bukan parti saya" - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/11/2019
11:00 MYT
Bertemu pembangkang: "Azmin bukan parti saya" - Tun M
Dr Mahathir tiba di Konvensyen Malaysia Future Leaders School di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyampaikan ucaptama pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih enggan mengemukakan pandangan beliau berhubung pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.
Sebaliknya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat keputusan.
“Saya tanya Azmin, apa yang dia bincang. Dia kata orang UMNO ini mereka sudah hilang parti, mereka tak tahu apa nak buat. Mereka tanya sama ada, nak masuk parti lain ataupun tidak.
“Ada (ahli Parlimen UMNO) yang membuat kenyataan, mereka sokong kepimpinan Dr Mahathir.
“Hak dia (Azmin) untuk jumpa sesiapapun. Kalau parti dia (PKR) tak setuju, parti dia bagi tau dia lah. Dia bukan parti saya,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Media difahamkan, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Mohamed Azmin semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebelum berlangsungnya pra-pelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019. BACA: Azmin buka mulut, mesyuarat dengan pembangkang katanya perkara biasa
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#Bersatu
#jumpa pembangkang
#Konvensyen Malaysia Future Leaders School
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan