Tutup

Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang - Tun Mahathir

Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang - Tun Mahathir
Perdana Menteri minta rakyat perbetul persepsi tentang kereta terbang. - BERNAMA
LANGKAWI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar rakyat dapat membetulkan persepsi mereka berhubung istilah yang digunakan terhadap pembangunan projek dron yang dijalankan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang sering disebut sebagai kereta terbang.

Tambahnya, pihak kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit dan sentiasa terbuka terhadap mana-mana cadangan atau kritikan yang disuarakan.
"Ramai yang silap sebab panggil sebagai projek kereta terbang. Sebenarnya ia dron besar, yang boleh bawa penumpang.

“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima," katanya ketika ditemui media selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah, pada Ahad.
BACA: Kereta terbang atau dron? Mana satu yang betul

BACA: Kami malu nak pertahankan kereta terbang - Perwakilan Amanah

Semalam, perwakilan Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Konvensyen Nasional Amanah 2019 menyifatkan projek 'kereta terbang' dianggap sebagai satu projek paling tidak guna dan memalukan.

Jelasnya, pimpinan peringkat ketika ini sangat malu dalam mempertahankan isu terbabit dalam menjawab persoalan dan kritikan dari orang ramai.


Tag: Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Langkawi, Kementerian Pembangunan Usahawan, kereta terbang, dron, Kongres PKR



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.