awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biadab tidak berdiri hormat lagu 'Negaraku', lapan individu dipanggil keterangan

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
30/09/2019
14:23 MYT
Biadab tidak berdiri hormat lagu 'Negaraku', lapan individu dipanggil keterangan
Kesemua individu terbabit yang dipercayai anggota kumpulan Sarawak For Sarawakian (S4S).
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar hari ini mengesahkan, pihaknya telah memanggil lapan individu untuk memberi keterangan berhubung kegagalan mereka menghormati lagu kebangsaan, Negaraku.
Kesemua individu terbabit yang dipercayai anggota kumpulan Sarawak For Sarawakian (S4S) memberi keterangan di Pusat Sehenti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini, petang Isnin.
Terdahulu, satu laporan polis dibuat berhubung tindakan mereka yang duduk, dan tidak berdiri ketika lagu kebangsaan itu berkumandang dalam satu majlis anjuran Parti Bansa Dayak Bersatu (PBDS) Baru pada Jumaat.
Video perbuatan mereka itu kemudian tular.
Dev memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100 atau penjara tidak lebih sebulan, jika sabit kesalahan.
Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Shaow Tung Leong, mereka bertindak demikian sebagai membantah Kerajaan Persekutuan berhubung keengganan membayar isu royalti minyak 20 peratus kepada negeri ini.
"Tindakan tidak berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan merupakan protes senyap berhubung janji royalti minyak tidak ditepati kepada Sarawak," katanya lagi.
Jelasnya lagi, tindakan itu hanya dilakukan ketika lagu kebangsaan dinyanyikan, namun mereka kembali berdiri, apabila lagu kebesaran negeri, Ibu Pertiwiku dimainkan.
Sementara itu, ramai dalam kalangan netizen mengecam tindakan kumpulan ini, dengan menganggap mereka biadab, dan kurang ajar.
Topic Berkaitan
#biadab
#laporan polis
#Negaraku
#PDRM
#polis
#Sarawak
#sarawak for sarawakian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan