Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

"Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa" - Wan Azizah, Anwar rai ulang tahun perkahwinan

"Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa" - Wan Azizah, Anwar rai ulang tahun perkahwinan
Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana. - Twitter Dr Wan Azizah
KUALA LUMPUR: Ketika keadaan negara sedang bergolak susulan kemelut politik, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini sempat berkongsi ucapan ulang tahun perkahwinan kepada suaminya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran ringkas di akaun rasmi Twitter, beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR mengiringi ucapan itu dengan catatan penghargaan ke atas kesetiaan hubungan perkahwinan bersama Anwar.
“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama.
Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa,” tulis beliau di catatan akaun media sosial meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40.


Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat isterinya menerusi laman Facebook beserta hantaran gambar mereka berdua memotong kek dengan hashtag #duniaakhirat #tilljannah. 

 


Hantaran berkenaan menerima lebih 20,000 tanda suka dan menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan pasangan itu.

Kedua-dua mereka yang juga merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Pakatan Harapan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama rombongan Ahli Parlimen PKR yang lain dalam sesi kedua di Istana Negara hari ini.


Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.


Tag: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PKR, politik malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad, Wan Azizah, Nurul Izzah, Wan Azizah Wan Ismail, Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Facebook, Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.