awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Biar pihak berkuasa siasat isu 1MDB' - Hishammuddin

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
08/07/2015
13:28 MYT
'Biar pihak berkuasa siasat isu 1MDB' - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Saya harap dengan siasatan yang dibuat jawatankuasa khas ini, orang ramai bertenang dan biarkan mereka jalankan tugas dan siasatan mereka. -Gambar fail
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menggesa semua pihak tidak memperbesarkan isu tuduhan Wall Street Journal (WSJ) terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyerahkan kepada pasukan petugas khas untuk melakukan siasatan.
Beliau, yang juga Naib Presiden UMNO, yakin isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana pasukan itu dianggotai kalangan individu yang berkaliber.
"Jawatankuasa petugas khas telah pun diwujudkan dan dianggotai Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah SPRM. Bukan calang-calang orang.
“Jadi saya harap dengan siasatan yang dibuat jawatankuasa khas ini, orang ramai bertenang dan biarkan mereka jalankan tugas dan siasatan mereka.
"Akhirnya yang benar tetap benar," kata Hishammuddin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Pertahanan di bangunan kementerian itu di sini pada Rabu.
Pada masa sama, beliau juga yakin wujudnya dalang di sebalik isu ini.
Ahli Parlimen Sembrong itu meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan yang tiada asas dan bukti yang kukuh ini.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Hishammudin Hussein
#Najib Razak
#pasukan petugas
#WSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan