awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara kes Exco Perak didakwa rogol disambung, kawalan ketat sekitar mahkamah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/09/2019
01:45 MYT
Bicara kes Exco Perak didakwa rogol disambung, kawalan ketat sekitar mahkamah
Pada 23 Ogos lalu, Yong didakwa di mahkamah yang sama tetapi mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan hakim. - Gambar fail
Perbicaraan kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, Paul Yong Choo Kiong yang dituduh merogol pembantu rumah warga Indonesia, Julai lalu, disambung semula di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Yong, 49 tahun, tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi diiringi barisan peguamnya dan beberapa wakil rakyat daripada DAP, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Polis memperketatkan kawalan di sekitar mahkamah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Hampir 200 penyokong Ahli DUN (ADUN) Tronoh itu turut dilihat berkumpul di hadapan pintu masuk mahkamah sejak jam 8 pagi, selain pengamal media yang menanti kehadirannya.
BACA: Tuduhan rogol: Paul Yong buat keputusan untuk bercuti
Pada 23 Ogos lalu, Yong didakwa di mahkamah yang sama tetapi mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Dia didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berumur 23 tahun antara jam 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai lalu dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Bandar Meru Raya, Ipoh.
BACA: Rogol amah: Mangsa sedia lalui proses perbicaraan
Yong didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam Farhan Sapian, ADUN Malim Nawar Leong Cheok Keng, Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ram Karpal Singh serta Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September bagi pengurusan kes.
Topic Berkaitan
#ADUN
#DAP
#Indonesia
#Ipoh
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan