awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bil TNB: Ramai keliru, tak puas hati - Menteri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/05/2020
11:49 MYT
Bil TNB: Ramai keliru, tak puas hati - Menteri
Shamsul akui masih berlaku kekeliruan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengakui berlaku kekeliruan dalam kalangan ramai pengguna berkaitan pengiraan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika ini.
Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata orang ramai yang tidak berpuas hati dengan bil elektrik mereka boleh merujuk perkara itu kepada TNB atau Suruhanjaya Tenaga (ST).
Beliau berkata, pihaknya menerima aduan kekeliruan rakyat setelah menerima bil elektrik masing-masing selepas TNB menyambung semula pembacaan meter secara fizikal sejak 15 Mei lalu.
Sehubungan itu, Shamsul Anuar berkata pihak kementerian dan TNB akan memberikan penjelasan lebih terperinci kepada rakyat bagi mengatasi kekeliruan tersebut.
"Pihak TNB akan menambah kemudahan Kedai Tenaga mulai 1 Jun supaya rakyat boleh berhubung untuk dapatkan maklumat tentang perkara ini," katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan Program Solar Berskala Besar oleh Industri Elektrik Malaysia Bagi Menarik Pelaburan Tenaga Boleh Diperbaharui (LSS@MenTARI) di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rungutan orang ramai yang menerima bil elektrik tinggi menerusi pembacaan meter secara fizikal selepas ia dihentikan sementara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac.
Shamsul Anuar berkata TNB tidak membuat pengiraan bil elektrik sewenang-wenangnya sebaliknya dilakukan setelah mendapat kelulusan ST selaku badan pengawal selia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ST, Razib Dawood berkata, pengiraan oleh pihak TNB adalah mengikut tertib ditetapkan dan tidak wujud isu syarikat utiliti tersebut sengaja melambatkan bacaan.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai yang tidak berpuas hati boleh merujuk isu itu kepada TNB atau ST dan jika terdapat kesilapan, penyelarasan bil boleh dibuat untuk bacaan meter pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#bil TNB
#Ipoh
#keliru
#kerajaan
#rakyat
#Shamsul Anuar Nasarah
#tidak puas hati
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan