awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilal mangsa simbah petrol dan bakar meninggal dunia

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/03/2020
11:12 MYT
Bilal mangsa simbah petrol dan bakar meninggal dunia
Suspek yang menunggang motosikal di kawasan itu seorang diri dikatakan menyimbah petrol dan membakar mangsa (gambar) di tempat kejadian menyebabkan mangsa rebah. - Gambar fail
Seorang bilal masjid yang melecur akibat dibakar selepas disimbah petrol bulan lalu dilaporkan meninggal dunia hari ini setelah 22 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Anak sulung bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong, Amri Budin, 66, memaklumkan ayahnya tidak menunjukkan tindak balas kepada ibunya, Habsah Mustafa sejak jam 11 pagi tadi sebelum menghembuskan nafas kira-kira jam 4 petang tadi.
Shahrizal Amrin berkata selepas bapanya menjalani pembedahan mengambil isi peha bagi menggantikan bahagian kulit melecur di bahagian kiri badannya, arwah bapanya koma dan tidak sedarkan diri sehingga pagi tadi.
Katanya, doktor memaklumkan keadaan bapanya makin tenat dan ahli keluarga diminta berkumpul untuk melihat keadaannya buat kali terakhir.
"Kita dah buat macam-macam, sudah tebuk dekat leher, tebuk sudah banyak, tidak mahu seksa dia,kalau dia hendak pergi, pergilah," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Shahrizal berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berusia 40-an yang ditahan polis pada hari kejadian. BACA: Bilal masjid melecur disimbah minyak sebelum dibakar
Katanya, jenazah ayahnya akan dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Terus, malam ini.
Dalam kejadian 19 Februari lalu, Amri Budin dikatakan tiba di perkarangan Masjid Al Hasanah pada jam 5.50 pagi untuk menunaikan solat Subuh.
Bagaimanapun, suspek yang menunggang motosikal di kawasan itu seorang diri dikatakan menyimbah petrol dan membakar mangsa di tempat kejadian menyebabkan mangsa rebah.
Jemaah masjid yang kebetulan ternampak kejadian itu membantu memadam api dengan kain sebelum menghubungi polis dan anak mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.
Berikutan itu polis menahan suspek terbabit kira-kira enam jam selepas kejadian berhampiran lokasi kejadian manakala mangsa yang melecur 25 peratus dirawat di HSB.
Topic Berkaitan
#Amri Budin
#API
#Astro Awani
#bilal
#Bilal rentung
#Hospital Sultanah Bahiyah
#jenazah
#kebakaran
#keluarga
#mangsa
#meninggal dunia
#minyak
#petrol
#simbah petrol
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan