awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilangan kawasan catat bacaan IPU sangat tidak sihat meningkat

Bernama
Bernama
27/09/2015
05:45 MYT
Bilangan kawasan catat bacaan IPU sangat tidak sihat meningkat
Sebanyak 14 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Putrajaya berada pada 197, Banting (187), Sri Aman (185), Cheras, Kuala Lumpur (177), Kuala Selangor (171). - Foto BERNAMA
Keadaan jerebu semakin membimbangkan setakat 10 pagi ini dengan empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, berbanding tiga sebelum ini.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam mencatatkan IPU tertinggi 279, diikuti Pelabuhan Klang (255), Batu Muda, Kuala Lumpur (250) dan Petaling Jaya (226).
Sebanyak 14 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Putrajaya berada pada 197, Banting (187), Sri Aman (185), Cheras, Kuala Lumpur (177), Kuala Selangor (171).
Seremban pula mencatatkan IPU 152, Samarahan (144), Nilai (143), Kuching dan Tanjung Malim masing-masing 141, Port Dickson (132), Sri Manjung dan Jerantut masing-masing 120 serta Bukit Rambai (105).
Bagaimanapun, Bandaraya Melaka yang mencatatkan IPU tidak sihat 101 pada sebelah pagi menurun kepada bacaan IPU sederhana 97.
Sementara itu, 26 kawasan lain turut mencatat IPU sederhana antaranya Sarikei (99), Tawau (96), Kemaman (80), Sibu (77) dan Kuala Terengganu (76).
Hanya lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sihat iaitu di Perai (48), Tanah Merah (42), Langkawi (31), Alor Setar (30) dan Kangar (27).
Topic Berkaitan
#IPU
#JAS
#jerebu
#sangat tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan