KEBIMBANGAN (worrying) adalah reaksi normal kepada tekanan dan boleh menjadi bermanfaat dalam sesetengah keadaan seperti ketika menghadapi peperiksaan atau dalam situasi berisiko di mana ia menjadikan kita lebih berhati-hati dan bersedia.
Perasaan bimbang biasanya bersifat sementara dan antara situasi yang mencetuskan kebimbangan kepada kebanyakkan individu adalah seperti menunggu keputusan peperiksaan, menjalani pemeriksaan kesihatan atau bercakap di khalayak ramai.
Perasaan bimbang seperti ini adalah normal tetapi sekiranya ia berlanjutan dengan sangat ketara sehingga menjejaskan fungsi harian, maka ia bukan lagi dianggap kebimbangan biasa.
Apabila kebimbangan ini berlebihan (excessive worrying), sukar dikawal serta menyebabkan anda sentiasa berasa risau tentang pelbagai perkara atau aktiviti sekeliling, maka anda mungkin mengalami kecelaruan keresahan menyeluruh atau "Generalised Anxiety Disorder (GAD)”.
Di Malaysia, kajian Morbiti Kebangsaan Ke-IV atau "National Health Morbidity Survey IV" (NMHS IV) yang telah dijalankan pada tahun 2011 ke atas orang dewasa yang berusia 16 tahun ke atas mendapati bahawa kadar prevalens kecelaruan keresahan menyeluruh adalah sebanyak 1.7 peratus.
Kadar ini adalah hampir sama dengan kadar yang dicatatkan di peringkat antarabangsa iaitu di antara 1.9 peratus sehingga 2.5 peratus.
Menerusi laporan ini, wanita muda (berusia di antara 16 sehingga 24 tahun) mempunyai kadar yang tinggi di samping mereka yang berbangsa India, bujang, balu, bercerai serta mereka yang mempunyai tahap pendidikan tinggi.
Tanda-tanda kecelaruan keresahan menyeluruh
Mengikut "Diagnostic and Statistical Manual Of Mental Disorders Fifth Edition (DSM-5)’’ oleh American Psychiatric Association, diagnosis kecelaruan keresahan menyeluruh memerlukan kriteria berikut:
1) Gejala keresahan yang berlangsung pada kebanyakkan hari selama sekurang-kurangnya enam bulan melibatkan pelbagai perkara atau aktiviti.
2) Sukar untuk mengawal kebimbangan tersebut.
3) Mempunyai sekurang-kurangnya tiga daripada gejala berikut:
- Perasaan resah atau sukar bertenang
- Keletihan
- Sukar fokus atau menumpukan perhatian
- Cepat berasa marah
- Ketegangan otot
- Gangguan tidur (seperti sukar tidur atau tidur yang sering terganggu).
4) Gejala yang berlaku menjejaskan fungsi harian seseorang individu.
5) Gejala tersebut bukanlah disebabkan oleh sebarang penyakit fizikal atau pengambilan dadah.
6) Gejala tersebut tidak boleh dijelaskan olen penyakit mental yang lain.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada seseorang itu untuk mengalami penyakit ini
1) Genetik atau keturunan: Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit kecelaruan keresahan mempunyai risiko yang lebih tinggi, terutamanya jika ia melibatkan keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik atau anak.
2) Ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak. Bahan kimia utama yang sering dikaitkan ialah serotonin dan norepinephrine.
3) Personaliti diri: Individu yang selalu inginkan kesempurnaan dan sensitif adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
4) Sejarah hidup yang negatif. Contohnya, Mereka yang pernah mengalami penderaan fizikal/mental atau kehilangan ibu bapa sewaktu kecil.
5) Tekanan hidup seperti masalah kewangan, pekerjaan ataupun masalah keluarga.
6) Pengambilan alkohol, kaffein atau dadah.
Rawatan
1) Ubatan
Resakit akan diberi ubatan anti-kemurungan yang turut berfungsi untuk merawat keresahan. Ia berfungsi untuk menyeimbangkan paras bahan kimia terutamanya Serotonin di dalam otak.
Biasanya pesakit turut diberikan ubatan penenang jenis benzodiazepine yang memberikan kesan tenang lebih cepat kerana ubatan anti-kemurungan mengambil masa secara purata dua minggu untuk menunjukkan kesan.
Bagaimanapun, ubatan benzodiazepine adalah untuk jangka pendek sahaja dan perlu dikawal bagi mengelakkan kesan kebergantungan kepada ubatan tersebut.
2) Psikoterapi
Pesakit juga boleh menjalani sesi psikoterapi di mana mereka akan dibimbing untuk mengenalpasti masalah serta cara penyelesaian di samping mengenalpasti serta menangani fikiran negatif.
Pesakit juga digalakkan untuk meluahkan kebimbangan dengan betul serta diberikan sokongan. Antara jenis psikoterapi yang berkesan adalah terapi kognitif-tingkah laku atau "Cognitive Behavioral Therapy (CBT)”.
3) Teknik relaksasi
Teknik kawalan pernafasan, meditasi dan relaksasi otot dapat membantu mengurangkan keresahan.
4) Pengamalan gaya hidup sihat
Kaedah ini membantu mengurangkan tekanan dan keresahan. Ini termasuklan pengambilan makanan yang sihat, melakukan aktiviti fizikal, tidur yang cukup, kurangkan minuman berkaffein serta elakkan pengambilan dadah atau alkohol.
Kesimpulannya, kebimbangan berterusan bukanlah sesuatu yang normal. Ia merupakan satu penyakit mental yang dikenali sebagai kecelaruan keresahan menyeluruh.
Ia boleh dirawat dan rawatan awal dapat membantu pesakit sembuh dengan lebih cepat. Terdapat risiko berlakunya kemurungan jika penyakit ini tidak dirawat dengan sewajarnya.
Rujukan :
American Psychiatric Association (2013). Diagnostic And Statistical Manual Of Mental disorders Fifth Edition: DSM-5. Washington DC; APA
Institute for Public Health. Non-communicable diseases [Internet] II. Kuala Lumpur: Ministry of Health Malaysia; 2011. The fourth National Health and Morbidity Survey 2011 (NHMS IV 2011)
* Penulis adalah Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Firdaus Abdul Gani
Sun Jun 07 2020
Perasaan bimbang adalah normal tetapi sekiranya ia berlanjutan dengan sangat ketara sehingga menjejaskan fungsi harian, maka ia bukan lagi dianggap kebimbangan biasa. - Flickr.com
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Kelonggaran Fasa 2: MB Kelantan bimbang rakyat tak patuh SOP di tempat awam
Menteri Besar mengakui beliau bimbang dengan kurangnya pematuhan SOP rakyat terutamanya di kawasan tumpuan ramai.
Pelaksanaan semula PdPR, ibu bapa bimbang pembelajaran anak-anak
Ramai juga yang bimbang akan tahap keberkesanan pembelajaran anak-anak mereka.
Menteri KPDNHEP bimbang pematuhan SOP di bazar Ramadan ramai pengunjung
Seorang menteri Kabinet bimbang dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di Presint 3 di sini.
22 peratus masyarakat Islam tolak vaksin - Kaji selidik
Kira-kira 22 peratus daripada masyarakat Islam di Malaysia menolak sepenuhnya penerimaan vaksin COVID-19.
Jangan rahsiakan kes COVID-19 di sekolah - PIBGN
Pihak sekolah dinasihatkan tidak merahsiakan maklumat sekiranya ada pelajar atau warga sekolah disahkan positif COVID-19.
Bimbang sepanjang masa: Adakah ia satu penyakit?
Perasaan bimbang seperti ini adalah normal tetapi sekiranya ia berlanjutan dengan sangat ketara sehingga menjejaskan fungsi harian, maka ia bukan lagi dianggap kebimbangan biasa.
COVID-19: Negara Afrika tidak perlu panik, kata duta
Tiga negara Afrika telah dijangkiti wabak itu, dengan Nigeria yang terkini.
Saya hanya pakai berus gigi buluh - Sharifah Sakinah
Pelakon Sharifah Sakinah akui semakin bimbang dengan masalah pemanasan global yang berlaku.
'Lepas Maghrib, mereka berkeliaran di tanah kubur...'
Haiwan berkenaan yang menjadikan tanah perkuburan sebagai habitat baru turut mengancam keselamatan penduduk.
Penduduk resah, tebing sungai terhakis
Penduduk di beberapa buah kampung sepanjang Sungai Ketil, Baling Kedah bimbang dengan ancaman tanah runtuh hakisan sedalam lima meter dalam tempoh tiga bulan berhampiran kampung mereka.