awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BlackLivesMatter: Bekas ratu cantik Malaysia mohon maaf

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2020
06:06 MYT
BlackLivesMatter: Bekas ratu cantik Malaysia mohon maaf
Wanita berusia 25 tahun itu turut menjelaskan maksudnya ketika menulis -black people chose to be black- yang mengundang kecaman ramai baik dari dalam mahupun luar negara. - Gambar Instagram
BEKAS ratu cantik Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James memohon maaf susulan kenyataan sensitifnya sebelum ini berkaitan protes #BlackLivesMatter di Amerika Syarikat (AS).
“Saya dengar suara anda, saya minta maaf,” kata Samantha dalam status Instagramnya pada Selasa malam.
“Saya tahu anda terluka. Saya tahu ini tidak adil. Saya tidak berada di tempat anda untuk memahami situasi ini sebaiknya,” katanya.
Wanita berusia 25 tahun itu turut menjelaskan maksudnya ketika menulis “black people chose to be black” yang mengundang kecaman ramai baik dari dalam mahupun luar negara.
“Sepanjang kehidupan, saya menyedari bahawa kita sebenarnya lebih dari sekadar fizikal sementara ini, kita seperti avatar, seperti debu dalam alam semesta yang luas ini, kita kadangkala seperti mengabaikannya.
View this post on Instagram
A post shared by Samantha Brahmacharini (@samanthakayty) on
Jun 2, 2020 at 7:46am PDT
“Dalam proses evolusi kita sebagai manusia, di bumi, kita pilih badan kita, keluarga kita, tempat lahir kita, nama kita dan pengajaran yang kita ambil dari masa lepas yang membentuk kita,” katanya.
Begitupun, Samantha mengakui dia seharusnya menggunakan perkataan serta ayat yang berbeza dan mengakui bertanggungjawab terhadap statusnya itu.
Dia turut berjanji akan berhati-hati dalam ucapannya selepas ini.
Kenyataannya yang dimuat naik baru-baru ini merujuk kepada golongan African American yang melakukan protes besar-besaran di seluruh negara susulan kematian lelaki kulit hitam George Floyd beberapa hari lalu.
Samantha didakwa menaikkan posting bahawa gerakan #BlackLivesMatter merupakan bukti jelas golongan White Americans telah menang, dan menganggap kalangan pemprotes sebagai ‘bodoh’.
“Saya tak tinggal di Amerika Syarikat dan ia tiada kena mengena dengan saya. Tetapi bagi saya, ia kelihatan seperti orang putih sudah menang.
“Jika anda marah, anda bertindak balas dalam kemarahan dan penuh penderitaan, ia bermaksud anda telah dikuasai perasaan itu.
"Mereka sudah menguasai anda,” katanya lagi di posting Instagram yang diikuti lebih 160,000 pengikut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#black people
#blacklivesmatter
#George Floyd
#Instagram
#keluarga
#lelaki
#Malaysia
#protes
#Samantha Katie James
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan