awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blog chedet.cc hadapi aktiviti trafik luar biasa, sedang dipulihkan

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
13/03/2015
10:49 MYT
Blog chedet.cc hadapi aktiviti trafik luar biasa, sedang dipulihkan
Blog chedet.cc menjadi platform buah fikiran bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. - Gambar Fail.
Blog chedet.cc yang menjadi platform buah fikiran bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang kini tidak boleh diakses sedang dalam proses pemulihan semula, kata jurucakap beliau, Sufi Yusof.
Ketika dihubungi Astro AWANI untuk bertanyakan status blog tersebut yang tidak dapat dikunjungi kira-kira sejak pukul 4.30 petang tadi, Sufi menyatakan bahawa pihaknya sedang melakukan ‘pembersihan yang diperlukan pada sistem komputer pelayan’.
“Kami mengesan aktiviti trafik yang luar biasa pada blog ini dan kini sedang melakukan apa yang patut untuk membetulkannya. Sejurus segalanya selesai, kami berharap blog ini akan kembali sedia dikunjungi seperti sediia kala,” ujarnya.
Sufi menyatakan bahawa pihaknya tidak merujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) mengenai perkara tersebut.
“Kami akan menguruskan hal ini sendiri terlebih dahulu,” ujarnya.
Sebelum ini, pihak MCMC dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan status blog tersebut.
Blog tersebut tidak dapat diakses pengguna internet selepas Mahathir memuat naik artikel terkini. Artikel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sehingga jam 6.50 petang ini, kunjungan ke domain chedet.cc memulangkan isyarat 'database error' (ralat pangkalan data).
Sementara itu pada jam 7 malam tadi, laman blog tersebut dapat diakses sebentar sebelum ia kembali tergendala.
Topic Berkaitan
#blog
#chedet
#Sufi Yusof
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan