awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Organisasi bantuan beri amaran lebih banyak 'kematian beramai-ramai' di Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN letak calon tanding kerusi DUN Chini

Bernama
Bernama
14/05/2020
08:20 MYT
BN letak calon tanding kerusi DUN Chini
Annuar berkata persiapan awal bagi menghadapi PRK ini telah mula digerakkan di peringkat parti. Gambar fail
Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Chini (N23) dalam pilihan raya kecil akan datang, kata Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata BN akan terus bekerjasama dengan PAS atas dasar Muafakat Nasional seperti pilihan raya kecil sebelum ini.
"Perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dua hari lalu. Bagi perkara lain kita menunggu sebarang pemakluman yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berapa lama lagi.
"Memahami keadaan negara yang masih lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) maka BN akan membuat 'pengubahsuaian' tertentu supaya sebarang kempen jika berlaku nanti adalah dengan mengambil kira secara serius dan bersungguh-sungguh keperluan kepada PKPB," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Annuar berkata persiapan awal bagi menghadapi PRK ini telah mula digerakkan di peringkat parti manakala Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi BN Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang akan bertindak sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRK tersebut.
PRK itu diadakan susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini dalam Parlimen Pekan, Pahang iaitu Datuk Seri Abu Bakar Harun akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Annuar Musa
#Barisan Nasional
#BN
#Chini
#DUN Chini
#PRK
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tan Sri Annuar Musa
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan