Barisan Nasional (BN) Perlis mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim sebagai calon menteri besar yang baharu.
Pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau telah menyerahkan cadangan nama tersebut kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam satu pertemuan pada pagi tadi di ibu negara.
"Mengenai tarikh pelantikan dan angkat sumpah menteri besar, ia akan ditentukan Duli Yang Maha Mulia (Raja Perlis) dalam masa terdekat ini.
"Calon yang kita ketengahkan ini sudah mendapat sokongan kita (BN) dan kita yakin mampu menjadi pemimpin yang baik," katanya dalam sidang media di Lapang Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu, BN menang 10 daripada 15 kerusi DUN di negeri itu dan membolehkan parti itu membentuk kerajaan.
Bernama
Sat May 12 2018
Shahidan Kassim telah menyerahkan cadangan nama tersebut kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam satu pertemuan pada pagi tadi di ibu negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
BN Perlis cadang Ismail Kassim Menteri Besar baharu
Barisan Nasional (BN) Perlis mencadangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim sebagai calon menteri besar yang baharu.