Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, percaya BNM akan kekal teguh dalam melaksanakan tugasnya sebagai bank pusat di sebalik peletakan jawatan Gabenornya, Tan Sri Muhammad Ibrahim.
"Bank pusat berkenaan adalah institusi yang kukuh yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di Menara Ilham, di sini, hari ini, selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan.
Zeti, antara anggota majlis berkenaan, enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu dan berkata, beliau hanya akan memberikan komen kepada pihak yang berkenaan.
"Anda perlu tunggu dan lihat dan saya hanya memberikan reaksi kepada mereka yang terbabit," katanya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, mengesahkan peletakan jawatan Muhammad yang dilantik sebagai Gabenor BNM kelapan pada 1 Mei 2016, menggantikan Zeti.
Perdana Menteri berkata, kerajaan bagaimanapun, belum membuat keputusan mengenai pengganti Muhammad kerana ia perlu mendapat kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
UOB Kay Hian Securities dalam nota kajiannya berkata, berita sudah tersebar bahawa bekas Timbalan Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, mungkin antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi Gabanor bank pusat itu jika Muhammad meletak jawatan.
"Pelantikan Nor Shamsiah akan memastikan kesinambungan pendekatan berhemah dan pragmatik BNM dalam merumus dasar selain mengekalkan keyakinan terhadap kestabilan sistem kewangan kita," kata firma penyelidikan itu.
Firma penyelidikan itu berkata, ini kerana, Nor Shamsiah sudah bekerja di BNM selama 29 tahun dan memainkan peranan penting dalam menyediakan dan mengimplementasi Pelan Utama Sektor Kewangan bagi pembangunan sistem kewangan Malaysia dari 2001 hingga 2010.
Menurut UOB Kay Hian, sebelum meninggalkan BNM, beliau adalah Timbalan Gabenor dari 2010 hingga 2016 dan menjadi antara calon berpotensi untuk menggantikan Zeti sebagai Gabenor BNM pada 2016 memandangkan pengalamannya dan kekananannya di BNM.
"Kerana itu, kami tidak terkejut dengan laporan yang menyebut beliau adalah calon berpotensi untuk menggantikan Muhammad," tambah firma penyelidikan berkenaan.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 06 2018
Zeti percaya BNM akan kekal teguh dalam melaksanakan tugasnya sebagai bank pusat di sebalik peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim. -Foto Bernama
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
BNM akan kekal teguh di sebalik peletakan jawatan gabenor - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, percaya BNM akan kekal teguh dalam melaksanakan tugasnya sebagai bank pusat di sebalik peletakan jawatan Gabenornya, Tan Sri Muha