Bank Negara Malaysia (BNM) telah meningkatkan akses kepada pembiayaan melalui Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) dan imSME untuk membantu pembeli rumah dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak berjaya dalam permohonan pembiayaan mereka.
Dalam Laporan Tahunan 2019, BNM berkata sehingga Disember tahun lepas, sejumlah 249 PKS dan pembeli rumah telah dibantu melalui MyKNP manakala 1,800 PKS memperolehi pembiayaan berjumlah RM179 juta dibawah imSME.
MyKNP telah diperkenalkan pada Ogos 2019 bersama-sama dengan Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC), AKPK dan industri kewangan untuk membantu calon peminjam memahami dengan lebih jelas faktor penyebab kegagalan permohonan pembiayaan mereka serta menerima khidmat nasihat mengenai cara meningkatkan peluang untuk mendapat pembiayaan pada masa akan datang.
"Khidmat nasihat ini termasuk membantu calon peminjam mempelajari jenis dokumen sokongan yang diguna oleh institusi kewangan untuk menilai kedudukan kredit individu atau perniagaan.
"Seseorang calon peminjam juga mungkin disaran untuk membaiki kedudukan kewangan, misalnya cara menjana lebih banyak pendapatan atau menyusun semula hutang sedia ada dan komitmen lain sebelum membuat permohonan semula," kata BNM.
Katanya, MyKNP juga boleh merujuk permohonan PKS yang tidak berjaya kepada saluran alternatif untuk memenuhi keperluan pembiayaan mereka.
Sementara itu, imSME pula ialah platform rujukan pembiayaan dalam talian yang dibangunkan oleh CGC yang memadankan PKS kepada produk pembiayaan yang sesuai mengikut profil perniagaan, skor kredit dan keperluan pembiayaan mereka.
BNM berkata sebanyak 25 institusi kewangan konvesional dan Islam kini menyediakan penyelesaian pembiayaan melalui platform ini.
Melalui platform ini, BNM berkata PKS boleh mengemukakan permohonan pembiayaan secara dalam talian kepada pelbagai institusi kewangan secara serentak dan menerima maklum balas daripada pemberi pinjaman dalam tempoh dua hari selepas permohonan dikemukakan.
"Platform ini mengurangkan masa dan perbelanjaan yang lazimnya perlu ditanggung oleh PKS untuk mendapatkan sebut harga daripada beberapa bank," kata BNM.
BNM berkata PKS yang gagal dipadankan dengan institusi kewangan di imSME akan diberikan khidmat nasihat untuk meningkatkan daya maju kewangan mereka melalui program latihan pembinaan keupayaan bersasar dan boleh dirujuk kepada penyedia kewangan alternatif.-BERNAMA
Bernama
Fri Apr 03 2020
Bank Negara Malaysia (BNM) telah meningkatkan akses kepada pembiayaan melalui Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) dan imSME. Gambar fail/ Reuters.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialaj Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.