awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boleh rentas negeri, tapi bersyarat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/05/2020
07:28 MYT
Boleh rentas negeri, tapi bersyarat
Kebenaran hanya akan diberi kepada pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian. - Foto BERNAMA
Mesyuarat Khas Menteri hari ini bersetuju untuk kembali memberi kelonggaran rentas negeri bermula 1 Jun ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, kebenaran hanya akan diberi kepada pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian.
"Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi urusan kerja dan kes-kes kecemasan seperti kematian atau perubatan.
"Setelah mendapat nasihat pihak PDRM, Mesyuarat Khas Menteri mengenai Pelaksanaan PKP hari ini bersetuju bahawa pasangan suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri bermula 1 Jun 2020," katanya pada sidang media harian di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, pada 21 Mei lalu, Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan menjelang perayaan Aidilfitri sebelum ini.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan.
Lebih memeritkan, kelonggaran kepada suami isteri yang menjalin hubungan rentas negeri untuk dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada hujung minggu juga turut ditarik balik kerajaan.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#PDRM
#rentas negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan