awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba beri tumpuan kawasan lapang, sungai kesan murid Orang Asli

Bernama
Bernama
12/09/2015
12:27 MYT
Bomba beri tumpuan kawasan lapang, sungai kesan murid Orang Asli
Pencarian kini akan ditumpukan di sekitar kawasan aliran sungai dan tanah lapang.
Misi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli yang hilang di Gua Musang, Kelantan sejak 23 Ogos lepas akan ditumpukan di sekitar kawasan aliran sungai dan tanah lapang.
Ketua Bomba dan Penyelamat Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Kelantan, Mohd Nurizwan Basri berkata operasi pencarian juga telah diperluaskan dengan kini menjangkau radius 80 kilometer.
"Kawasan seperti aliran sungai dan tanah lapang adalah kawasan yang biasanya manusia akan pergi jika sesat, kita juga menggunakan kaedah seperti teknik carian menegak, carian berkumpulan dan lain-lain dalam misi SAR ini.
"Selain itu, pemantauan melalui udara dengan menggunakan helikopter adalah sukar memandangkan keadaan hutan di kawasan berkenaan tebal dan belum diterokai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya tiada petunjuk baharu ditemui, namun usaha pencarian diteruskan sehingga keputusan lanjut daripada polis, katanya.
"Kita mempergiatkan usaha mencari kesemua mangsa yang hilang dan berharap mereka selamat," katanya.
Pada 23 Ogos lepas, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Tohoi di Gua Musang, dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.
Operasi berkenaan turut melibatkan polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Topic Berkaitan
#Mohd Nurizwan Basri
#murid
#Orang Asli
#SAR
#Sungai
#tanah lapang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan