awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Kedah nafi gambar kemalangan putus kepala di Jalan Jeniang-Gurun

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2015
11:54 MYT
Bomba Kedah nafi gambar kemalangan putus kepala di Jalan Jeniang-Gurun
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan gambar-gambar kemalangan ngeri itu berlaku di Malaysia malah sebaliknya ia dipercayai berlaku di luar negara. - Gambar Hiasan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah hari ini menafikan sekeping gambar yang menjadi viral di laman sosial yang kononnya memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang terputus kepala, ada kaitan dengan kemalangan yang berlaku di jalan Jeniang-Gurun semalam.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata gambar kejadian itu dipercayai diambil dalam satu insiden kemalangan di luar negara.
Beliau berkata kejadian kemalangan petang semalam di jalan terbabit melibatkan kematian dua lelaki tempatan berumur 23 tahun dan 30-an yang berada dalam kenderaan jenis Proton Wira.
Wanita yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang terbabit dalam kemalangan itu berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaannya terbakar.
"Perbandingan gambar yang diambil oleh anggota JBPM dan gambar yang tersebar dalam laman sosial berbeza dari segi lokasi dan keadaan jalan raya seperti keadaan bahu jalan bertanah merah, manakala bahu jalan tempat kemalangan petang semalam berumput hijau," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam masa yang sama Nur Hafizah berharap orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan peka terhadap sensitiviti keluarga mangsa apabila menyebarkan maklumat di media sosial.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malayia
#JBPM
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan