Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bomba pantau tiga sekolah dinaiki air di Kanowit

Bomba pantau tiga sekolah dinaiki air di Kanowit
Pada Isnin, berikutan kenaikan paras air, kesemua murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing buat sementara waktu. - Gambar hiasan
SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat memantau keadaan tiga sekolah di daerah Kanowit dekat sini Isnin malam yang dinaiki air di antara 0.8 dan 0.9 meter ekoran hujan lebat selama empat jam di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit Arrahman Chik berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Balingiau, SK Sungai Tuah dan SK Ulu Bawan, yang keseluruhannya melibatkan 288 murid, 46 guru dan 25 petugas.
"Sesi persekolahan berjalan seperti biasa pada sebelah siang (Isnin) namun berikutan kenaikan paras air, kesemua murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing buat sementara waktu sebagai langkah keselamatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kesemuanya merupakan sekolah berasrama dengan SK Ulu Bawan mempunyai jumlah murid paling ramai iaitu 137 orang diikuti SK Balingiau (98) dan SK Sungai Tuah (53).
"Sehingga pukul 9 malam Isnin, paras air di kawasan sekolah-sekolah ini telah menunjukkan trend menurun," katanya.

-- BERNAMA