awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba pecah pintu rumah jumpa mayat terbaring atas katil

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/06/2020
08:44 MYT
Bomba pecah pintu rumah jumpa mayat terbaring atas katil
Anggota bomba memecah masuk sebuah kediaman di Taman Desa Aman, Padang Meha, Kulim dan menemui mayat di atas katil. - Gambar ihsan BOMBA
Anggota bomba terpaksa memecahkan pintu untuk mengeluarkan mayat mangsa yang terkunci di dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Padang Meha, di sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.37 petang.
Sebaik memasuki rumah berkenaan, anggota pasukan keselamatan menemui mayat mangsa, Nordin Abdullah, 62, terbaring di atas katil.
Sebelum itu, jiran mangsa yang bimbang kerana tidak nampak kelibat mangsa sejak beberapa hari keluar rumah membuat laporan berkenaan.
Katanya, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memecahkan pintu kerana kediaman berkenaan berkunci dari dalam.
Jelas Mohamadul Ehsan, sebaik berjaya membuka pintu anggota bomba menemui mangsa terbaring di atas katil.
Mayat mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tiba tidak lama kemudian.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum mayat mangsa di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supretandan Safuan Md Noor, mengesakan menerima laporan kejadian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#bomba
#dalam rumah
#Kedah
#Kulim
#mayat terkunci
#Padang Meha
#Taman Desa Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan