Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bomba selamat kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta

Bomba selamat kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta
Bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta berkenaan. -JBPM
LUMUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terperangkap di dalam kereta yang enjinnya dimatikan hampir 20 minit sebelum diselamatkan bomba, pada Sabtu.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah stesen minyak di sini, jam 6.52 petang tadi, bapa kanak-kanak itu mengisi petrol manakala ibunya keluar untuk membeli barang di kedai serbaneka di stesen berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pintu kereta itu dipercayai tertutup tanpa sengaja dan terkunci.

"Kanak-kanak itu tidak pandai untuk buka pintu yang terkunci dari dalam. Bomba kemudian dihubungi untuk membantu mereka," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Ujarnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung bergegas ke lokasi kejadian dan menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta tersebut.

Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada keluarganya.


Tag: Manjung, bomba, Kanak-kanak, kereta, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.