Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bomba selamatkan empat beradik terkandas di Hutan Lipur Lata Payung

Bomba selamatkan empat beradik terkandas di Hutan Lipur Lata Payung
Pihak bomba mendapati empat mangsa yang terdiri dari dua lelaki dan perempuan dewasa terperangkap di seberang sungai. - Foto Astro AWANI
SETIU: Empat beradik terpaksa menempuh saat mendebarkan apabila terkandas di Hutan Lipur Lata Payong akibat berlakunya kepala air.

Kesemua mangsa yang berusia antara 18 hingga 38 itu dikatakan berkunjung ke hutan berkenaan untuk menjala ikan.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Setiu, Zull Azman Jamaludin pihaknya menerima panggilan kecemasan itu kira-kira jam 7.22 Sabtu malam.

“Seramai 14 kekuatan dikejarkan ke lokasi kejadian bagi tugas mencari dan menyelamat.
“Sejurus tiba, pihak kami mendapati empat mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan perempuan dewasa terperangkap di seberang sungai,” katanya.

Zull Azman berkata, pihaknya meneruskan operasi dengan menyeberangi sungai dan kesemua mangsa berjaya ditarik ke tebing.
Beliau berkata operasi ditamatkan pada jam 10.12 malam dan kesemua mangsa selamat dan diserahkan kepada ahli keluarga mereka.


Tag: kepala air, Setiu, empat beradik, operasi, mangsa, bomba, hutan lipur, Lata Payung



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.