Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bot berpusing tanpa pemandu ditemui nelayan

Bot berpusing tanpa pemandu ditemui nelayan
Bot fiber yang dinaiki Nordin Saad ditemui berlegar-legar di 1.1 Batu Nautika di kawasan Muara Kuala Kedah, pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang nelayan, Nordin Saad, 52, dikhuatiri lemas selepas keluar ke laut pada pukul 7 pagi Jumaat.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim, Mahmad Faizal Ahmad, sebaik menerima laporan pada pukul 5 petang, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Langkawi (MRSC) melancarkan operasi dan menyelamat (SAR) sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu dari Jabatan Laut Kuala Kedah.

Mangsa, dilaporkan keluar ke laut seorang diri untuk menangkap ikan di kawasan perairan Kuala Kedah.


Usaha mencari dan menyelamat Nordin Saad sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Katanya, bot fiber yang dinaiki mangsa ditemui dalam keadaan masih berpusing tanpa pengemudi di kawasan 1.1 Batu Nautika di kawasan Muara Kuala Kedah, pada Jumaat.

 

Mahmad Faizal berkata, bot itu kemudiannya dibawa ke jeti Kuala Kedah.

 

Beliau berkata, operasi SAR disambung semula pagi ini membabitkan anggota dan aset dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perikanan Malaysia serta dibantu beberapa bot nelayan tempatan. 

 

 





Tag: nelayan dikhuatiri lemas, nelayan hilang, perairan Kuala Kedah, Jabatan Laut Kuala Kedah, Nordin Saad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.