MALAYSIA
Bot hilang: '25 orang terselamat, enam masih dicari' - Shahidan

SHAHIDAN: Seramai 25 orang terselamat sementara enam lagi masih hilang selepas bot jenis katamaran membawa pelancong China ke Pulau Mengalum. - Gambar fail
Seramai 25 orang terselamat sementara enam lagi masih hilang selepas bot jenis katamaran membawa pelancong China ke Pulau Mengalum pagi semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata, bot membawa 31 orang iaitu 28 pelancong China selain tekong serta dua kru warga tempatan, dipercayai pecah selepas dipukul ombak kuat ketika cuaca buruk sebelum karam.
"Pasukan pencari terdiri daripada pelbagai agensi penyelamat dan keselamatan mempergiatkan gerakan mengesan enam lagi mangsa yang hilang.
"Ini termasuk menggunakan pesawat EC725 yang mempunyai keupayaan menjalankan operasi SAR pada waktu malam," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, hari ini.
Seramai 23 lagi mangsa dijumpai di perairan berhampiran Semarang di lokasi berasingan, iaitu lima ditemui oleh sebuah bot tunda dan masing-masing lapan serta 10 mangsa ditemui berasingan oleh dua bot nelayan.
Semua mangsa dibawa pulang oleh agensi penyelamat ke Kota Kinabalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami