awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam ketika pulang Gawai, tiga masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2018
22:31 MYT
Bot karam ketika pulang Gawai, tiga masih hilang
Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Gawai Dayak. - Gambar hiasan
Tiga lelaki dalam perjalanan pulang untuk menyambut Gawai Dayak dikhuatiri lemas selepas perahu mereka naiki terbalik dan karam di Sungai Poh petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hi berkata, sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Kanowit ke Nanga Ulim.
"Kami terima maklumat awal mengesahkan tiga lelaki menaiki perahu panjang yang turut ada muatan sebelum dilapor hilang," katanya.
Menurut laporan Bernama, mangsa dikenal pasti sebagai Raderict Benedict Rodi, 12, dan adik-beradik Presley Tatau, 27, dan Henry Tatau, 28.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3.15 petang.
Kata Tiong, maklumat kejadian diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit yang diketuai Mohamad Bujang.
Jelas Tiong, SAR berdepan kesukaran apabila perjalanan cuma sampai ke Rumah Panjang Menalun kerana mengambil masa dua jam untuk sampai ke lokasi kejadian mengguna bot kecil.
Tambahnya, suasana gelap dan hujan lebat juga menyukarkan SAR.
Operasi SAR akan disambung hari ini.
Topic Berkaitan
#Bomba Sarawak
#bot karam
#bot terbalik
#gawai
#Kanowit
#mangsa lemas
#Sungai Poh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan