Lelaki yang ditemui selamat di Laut Merabung, Tungku dekat sini pada Khamis selepas bot yang dinaiki karam, ditahan polis selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditemui orang awam, yang kemudian melaporkan kepada bilik gerakan Pasukan Polis Marin (PPM) pada kira-kira pukul 3.05 petang.
Beliau berkata lelaki itu ditahan sejak semalam dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, dan semasa ditahan lelaki itu mendedahkan terdapat lapan individu lain termasuk dua kanak-kanak yang menaiki bot bersamanya yang masih hilang.
"Lelaki itu menyatakan bergerak (menaiki bot) dari Pulau Sibutu ke Pulau Bongao, Filipina sebelum enjin bot mati. Siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan cerita sebenar daripada mangsa selamat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
"Balai Polis Cenderawasih menerima maklumat orang awam pada pukul 9.00 pagi mengenai penemuan mayat seorang wanita terapung di laut, berikutan itu, dan PPM mengeluarkan mayat berkenaan pada pukul 10.10 pagi tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 25 2019
Polis berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditemui orang awam, yang kemudian melaporkan kepada bilik gerakan Pasukan Polis Marin (PPM) pada kira-kira pukul 3.05 petang. -Gambar fail
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Bot karam Laut Merabung: Mangsa terselamat ditahan untuk siasatan
Lelaki yang ditemui selamat di Laut Merabung, Tungku dekat sini pada Khamis, selepas bot yang dinaiki karam, ditahan polis selama 14 hari untuk siasatan lanjut.