awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Mayat anggota PGA ditemukan

Bernama
Bernama
14/02/2020
11:35 MYT
Bot karam: Mayat anggota PGA ditemukan
Nelayan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa pertama, menemukan mangsa di kawasan yang agak cetek. - Astro AWANI
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, yang merupakan mangsa bot karam dilaporkan hilang semalam (Khamis), ditemukan mati kira-kira 6.20 petang Jumaat.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan Kapten Zainudin Mohd Zuki berkata, mayat Korporal Asman Ongkal, 40, ditemukan dekat pesisir pantai Sandakan, kira-kira 1 km dari lokasi kejadian.
"Nelayan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa pertama, menemukan mangsa di kawasan yang agak cetek.
"Mangsa ditemukan lengkap berpakaian dan berkasut ketika ditemui dan telah dicam oleh ahli keluarganya," katanya kepada pemberita di jeti APMM Zon Sandakan di sini Jumaat malam.
Zainudin berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, sebuah bot penumpang, yang membawa 37 orang termasuk juragan, dari Pulau Tanjung Aru, 2.3 batu nautika dari sini, karam setelah berlanggar dengan kapal yang menunda sebuah bot kecil.
Mangsa hilang ketika menyelamatkan penumpang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota PGA
#bot karam
#lemas
#mayat anggota PGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan