MALAYSIA
Bot karam: Satu lagi mayat ditemui

Enam mayat telah ditemui setakat ini sementara dua lagi sedang dicari - Foto Bernama
Satu lagi mayat mangsa bot karam Tanjong Karang ditemui pihak Bomba dan Penyelamat Selangor pagi ini, kira-kira jam 11.45.
Penguasa Bomba cawangan Pengurusan Operasi Selangor, Mustakim Rimon yang mengesahkan perkara itu berkata mayat ditemui dalam jarak dua kilometer dari lokasi bot karam.
Keluarga mangsa sudah membuat pengecaman dan mangsa dikenali sebagai Parianathan Arjunan.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan kerana masih terdapat lagi satu mangsa, Shankar Gunasegaran yang belum dijumpai.
Punca bot karam masih lagi dalam siasatan

bot karam
Bot itu yang dinaiki 14 orang yang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada pukul 3 petang Khamis bagi melakukan upacara membuang abu mayat.
Dua jam kemudian ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang.
Enam mayat telah ditemui setakat.
Tujuh orang berjaya diselamatkan nelayan tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami